Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 20, 2011

Pesta Konvokesyen : Apresiasi Melestari Kecemerlangan


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan selamat buat rakan-rakan di Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM yang bertungkus-lumus menjayakan pesta yang dijadualkan berlangsung lusa, 22 September dan berakhir 27 September 2011.

Biarpun terdapat khabar-khabar angin dan fitnah yang cuba menganggu-gugat perjalanan sekretariat ini, tetapi di peringkat GMUKM amat optimis kesemua ahli sekretariat Pesta Konvokesyen bakal mendapat kemudahan dan kesenangan dari-Nya dalam menjayakan matlamat yang disasarkan.

Di bawah pengurusan dan kendalian Majlis Tertinggi Sekretariat yang diketuai Pengarah Eksekutif, saudara Faizal bin Ahmad yang juga merupakan Naib Presiden 3 PMUKM, maka kami di Gabungan Mahasiswa UKM menyokong penuh segala usaha dan penat lelah Sekretariat secara umumnya.

Dengan bermulanya raptai penuh esok malam, yang turut dihadiri kakitangan tertinggi Universiti, maka bermulalah detik yang dinanti-nanti semua ahli Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM. 

Justeru adalah diharapkan semua ahli Sekretariat tidak gementar dan bersedia menghadapi masalah-masalah sepanjang minggu Pesta Konvokesyen.

Perbanyakkan muhasabah di samping tenang menjalankan tugas yang diamanahkan. Semoga apa yang dilakukan kelak akan dihitung Kelak.


Aspresiasi Melestari Kecemerlangan

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti


1 comments:

eyda said...

boleh saya dapat kan tarikh terbaru untk konvokesyen yg akn dtg...sy ade kedai bunga..ingat nk bka jualan bunga utk majlis konvokesyen ni.. plez feed back kt sy k..florist_twins@yahoo.com

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !