Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 15, 2011

Syabas Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 !

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) memuji kejayaan Sekretariat Pesta Konvokesyen pada sesi kali ini yang berjaya menarik ramai orang untuk hadir ke 'countdown events' menuju Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 pada minggu hadapan.

Bermula pada waktu cuti semester yang lepas, Sekretariat Pesta Konvoskesyen telah bertungkus lumus mengadakan acara-acara 'countdown events' seperti Majlis Pelancaran & Penyampaian Watikah Sekretariat (3 Julai) , aktiviti 'Mass Marketing' (sepanjang bulan Julai), Hari Masyarakat Prihatin (17 Julai) selain terbaru program 'PC Carnival Campus Youth' sepanjang minggu ini dan 'UKM Konvo-LeRun MTB Mini Jamboree' yang dijadualkan 17 September (Sabtu) nanti.


Pelancaran Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39
YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi ketika merasmikan Program Masyarakat Prihatin 17 Julai lalu
Pelancaran 'PC Carnival Campus Youth' 13 September lalu
Majlis Serahan Tajaan UKM Konvo Lerun MTB Mini Jamboree
Berpandukan 4 elemen penting iaitu teknologi, sukan, kebudayaan, intelek dan kerohanian yang bakal dipertontonkan kepada para pengunjung dalam menuju Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM minggu hadapan.

Untuk makluman, Sekretariat Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010/2011 akan mengadakan Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 pada 22 hingg 27 September 2011 yang akan disempurnakan oleh Canselor UKM, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Untuk rekod juga, Naib Presiden 3 PMUKM saudara Mohd Faizal bin Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM pada kali ini.

Syabas buat semua !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !