Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 14, 2011

Ugutan Buang Kolej Ulangi Taktik Lama Aspirasi

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah mendapat maklumat daripada Sekretariat Pesta Konvokesyen bahawa beberapa orang JAKSA dan 'orang kuat' kolej telah didapati mengugut beberapa orang mahasiswa baru tahun satu untuk tidak membabitkan diri dalam Pesta Konvokesyen UKM Ke-39.

Kelibat beberapa orang JAKSA dari sebuah kolej tersebut di aras atas bangunan Pusanika malam semalam dilihat agak terdesak dan menghairankan kerana mereka dilihat masih cuba membodoh-bodohkan mahasiswa baru dengan ugutan-ugutan 'nakal' walaupun Minggu Mesra Pelajar (MMP) sudah berakhir.

Lebih menghairankan daripada maklumat yang sah, beberapa 'orang kuat' kolej tersebut juga didapati sudah tamat pengajian dan dalam proses mencari pekerjaan, tetapi didapati masih berada di dalam Universiti.

UGUTAN BUANG KOLEJ TAKTIK LAMA
Antara ugutan dan amaran yang diberi, mahasiswa tahun satu yang didapati membabitkan diri dalam Pesta Konvokesyen Ke-39 ini tidak akan mendapat tempat di kolej pada sesi akan datang.

Ironinya isu ini telah awal diselesaikan dengan merujuk lawatan kerja PMUKM pada sesi lalu ke Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) yang dulu dikenali sebagai Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) sewaktu Kontrak Pembelajaran (Learning Contract-LC) ditawarkan.

Daripada informasi yang disampaikan oleh pegawai PAP, sebarang aktiviti yang dijalankan sama ada di fakulti, kolej mahupun di bawah pusat-pusat akan diambil kira sebagai merit kokurikulum dan juga sah dinilai untuk merit kolej.

Justeru tidak timbul isu sama ada aktif di kolej, fakulti atau mana-mana pusat tidak akan dinilai.

Isunya juga mata merit yang diperuntukkan bukan tertakluk kepada lokasi aktiviti kokurikulum tersebut dijalankan, tetapi merujuk kepada jawatan yang dipegang sama ada sebagai AJK pelaksan biasa atau Majlis Tertinggi AJK pelaksana.

PEMILIHAN PENGHUNI KOLEJ BERDASARKAN NILAIAN MERIT YANG TELUS
Di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM, kita melihat tawaran LC ini akan terbatal sekiranya pihak pentadbiran membelakangkan tawaran LC ini dan masih dengan sikap berat sebelah 'memilih bulu' penghuni-penghuni kolej mereka.

GMUKM berpendapat sekiranya pihak pentadbiran kolej telus dengan pemberatan merit, maka mana-mana mahasiswa bebas dan tidak tertakluk untuk menjalankan aktiviti di kolej mahupun fakulti.

GMUKM juga yakin dan percaya sekiranya mahasiswa lebih banyak melibatkan diri dengan persatuan-persatuan seperti AISEC, Kelab Penyayang, Sekretariat Rakan Muda, Pertubuhan Agama Hindu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan lain-lain, maka akan lebih banyak pengalaman bakal diperolehi.

MATLAMAT BERAKTIVITI
Kesimpulan yang dapat dirumuskan, matlamat asal PAP untuk melahirkan mahasiswa yang lebih aktif dan progresif dalam aktiviti luar kuliah akan mudah tercapai sekiranya semua pihak saling menyokong antara satu sama lain.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !