Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 25, 2011

Falsafah UKM: Sejarah dan Matlamatnya SIRI 2

Dalam Mesyuarat Khas Senat ke-25 pada 24 Julai 1978 yang dipengerusikan oleh Prof. Mohd Ghazali bin A. Rahman soal falsafah UKM telah dibincang semula,dan kenyataan falsafah itu telah dipinda menjadi seperti sekarang.

Dalam pernyataan yang dipinda itu jelas menunjukkan, bahawa pengaruh kebangkitan Islam yang semakin tebal telah meresap ke dalam jiwa para cendekiawan di UKM. Bentuk ungkapan falsafah ini merupakan satu usaha "memeterai hasrat perjuangan UKM yang kedua… Mereka yang menggubal tatsafah ini sedar bahawa falsafah ini juga tidak berjejak di alam nyata dan bertentangan dengan kenyataan hidup masyarakat pada masa itu" - Baharuddin Yatim (1986).


Berikutan daripada peristiwa itu satu Seminar Islam di Pusat Pengajian Tinggi ASEAN telah diadakan pada 2-5 Disember 1978 di UKM dan telah memberi penegasan terhadap isu ini. Antara resolusi seminar itu ialah seperti berikut.

Dalam usaha menerapkan dan memperteguhkan perspektif ilmu Islam di dalam ilmu-ilmu kemasyarakatan dan kemanusiaan, sains dan teknologi, sarjana-sarjana Islam tidak harus menolak sama sekali ilmu-ilmu tersebut atau menerima secara mutlak. Sebaliknya mereka haruslah menerima unsur-unsur yang tidak bercanggah dengan sistem nilai dan worldview Islam.

Pernyataan ini menjelaskan tentang konsep “ilmu yang bermanfaat” yang terdapat dalam ungkapan farsafah UKM. Ilmu yang bermanfaat, secara am, merangkumi segala ilmu pengetahuan yang membawa kepada kesejahteraan manusia sejagat, tetapi tidak bertentangan dengan sistem nilai dan tasawur Islam.

Peranan yang boleh dimainkan oleh UKM dalam usaha untuk memperkembangkan ilmu adalah jelas dalam kenyataan Naib Canselor UKM di Persidangan Antarabangsa Peranan Universiti di Negara-negara Membangun di UKM pada 18 November l980.

'.. university development must be relevant to the society it serves, and identify its objectives in accordance with local ethnic. economic, political, social and environmental realities. To be relevant, it must be organically linked society and the social structure and institutions in which the students grew and developed. It must take a leading part in the evolution of this society provide positive leadership, and make great contributions to the welfare and betterment of society.

... being relevant also implies that the institutions should provide opportunities for the highest intellectual activity, that students be challenged to develop, or constructive thinking and the academic staff be encouraged to do original research and promote intelligent discuss of all issues of human concern. our intellectual life must become self-producing, inventing its own techniques, establishing its own values, becoming not only a recepient, but more importantly a donor of world knowledge.

(bersambung)

* Artikel ini dipetik daripada buku FALSAFAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : Tafsiran dan Penghayatan hasil suntingan (Prof Dr.) Shaharir Mohamad Zain terbitan Penerbit UKM, 1994

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !