Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 3, 2011

Generasi Baru Malaysia

Pendahuluan : Generasi Baru Berwawasan
Golongan belia merupakan majoriti dalam sesebuah negara. Di Malaysia sekitar 60 peratus penduduk tergolong belia (15-40 tahun). Mereka merupakan golongan paling produktif bagi mewarisi masa depan negara dan melaksanakan pelbagai bentuk rancangan pembangunan. Golongan ini juga menjadi 'beban' (liabilities) kepada masyarakat jika menjadi penagih dadah, penjenayah dan seumpamanya.

Di zaman kegemilangannya, generasi muda khususnya mahasiswa dekad 70-an berjaya memperlihatkan fungsi mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat. Zaman mahasiswa dekad 60-an dan 70-an telah banyak memaparkan peristiwa penting berlaku hasil daripada perjuangan pelajar yang melahirkan hasrat perjuangan mereka terhadap sesuatu isu. Sesetengahnya meneroka perubahan seperti kewujudan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah bermula daripada perjuangan pelajar kerana perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan Islam.


Mereka ini telah mendapat pengiktirafan masyarakat dan sebahagian daripada mereka sekarang ini menjadi pemimpin masyarakat, politik dan negara. Tetapi, gerakan pelajar abad ke-21 dan seterusnya tidak mungkin dapat disamakan ataupun mengulangi semula apa apa yang pernah berlaku sebelum ini. Tetapi kadang-kadangnya gerakan belia/pelajar itu seolah-olah tenggelam dan timbul, seperti terjadi kepada generasi dekad 80-an dan 90-an.

Berakhirnya zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di IPT sebagai 'core' terpenting di kalangan generasi muda bakal menentukan corak dan masa depan negara menangani Wawasan 2020, banyak pihak telah mempertikaikan kredibiliti IPT dalam melahirkan pemimpin-pemimipin yang berwibawa, tahan uji dan mempunyai daya juang yang tinggi di masa akan datang.


Beberapa Cabaran Generasi Muda

Generasi muda tidak sepatutnya melihat permasalahan yang wujud di sekeliling mereka dengan rasa pesimik. Cabaran generasi muda sekarang adalah untuk membuktikan kemampuan kepimpinan terutama pelajar yang ada di IPT hari ini mampu dan bersedia untuk mengambilalih kepimpinan negara di masa hadapan.

Sebagai golongan yang menjadi tonggak kepada harapan negara, mereka mempunyai kesempatan meneliti dan memahami masalah yang sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan negara serta mampu merumuskan penyelesaian terhadapnya. Tambahan pula kedudukan mahasiswa di universiti memberikan peluang kepada mereka mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan situasi dan isu-isu semasa yang lebih mencabar.

CABARAN-CABARAN  (akan dihuraikan kemudian)
a. Mentaliti dan sikap
b. Pengurusan masa
c. Bebanan akademik dan kerjaya
d. Masalah kewangan

Artikel di atas diambil daripada buku Membina Organisasi : Sebuah Panduan karangan Mohd Shuhaimi Embong (Cetakan Pertama 2007)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !