Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 14, 2011

'Saya Mahasiswa Prihatin' Dapat Sambutan Hangat

Bangi, 13 Okt - Pelancaran kempen 'Saya Mahasiswa Prihatin' semalam berjalan lancar berjalan lancar. Program merupakan kerjasama di antara dua pihak; Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) bersama-sama Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) tersebut telah mendapat sambutan yang hangat biarpun bermula agak lewat daripada yang dijadualkan.

Tentatif program bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Koordinator Gabungan Mahasiswa, saudara Fariq Fitri sebagai wakil Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Firdaus bin Azam yang ada urusan bersama pensyarah.


Di dalam ucapan saudara Fariq, beliau memaklumkan bahawa kempen 'Saya Mahasiswa Prihatin' ini merupakan kesinambungan kempen MPP GMUKM tahun lalu yang bergerak dalam kondisi yang kurang membumi.

Justeru itu, dengan kerjasama di antara pihak GMUKM dan PMUKM pada sesi kali ini diharapkan kempen 'Saya Mahasiswa Prihatin' akan lebih bermakna dan dirasai warga UKM.

Seterusnya ucapan perasmian daripada saudara Izzuddin bin Pisol selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM. Di dalam ucapannya, beliau telah memaklumkan beberapa perkara asas yang menjadi dasar sasaran kempen 'Saya Mahasiswa Prihatin' pada sesi kali ini.

Antaranya kempen prihatin mencegah kemalangan kenderaan, kecurian barang-barangan, keselamatan mahasiswi dan keselamatan diri daripada haiwan liar yang berkeliaran.

Saudara Izzuddin juga mengingatkan beberapa perkara umum lain seperti keperluan mahasiswa-mahasiswi prihatin pengemaskinian Web Sistem Maklumat Pelajar (SMP Web) dan pengesahan daftar kursus yang bakal berakhir hujung minggu ini.


Seusai majlis pelancaran 'Saya Mahasiswa Prihatin' ,GMUKM mengadakan acara pemeriksaan motosikal percuma. Seorang mekanik khas telah dibawakan untuk memeriksa dan menservis motosikal para pengunjung.


3 comments:

hanya insan biasa said...

WAAAA RAMAINYEEEEE

nie buat kt mane nie..

OO KAT ngn PADANG...

tym bile nie..

OO TYM org ngh RAMAI bersukan...

RAMAIIINYEEEEEE

(PADAM LA KOMEN AKU NIE KALAU BERANI)

ayu said...

apa nak kecoh...normal la buat kat tempat ramai org...tu lah namanya strategi...ap ke halnya nak p buat dlm hutan pastu minta org dtg ke? ~xperlu jd isu kot~

hanya insan biasa said...

waaa garangyeeee....

iye la stazah ayu....

pandai strategi la ayu nie...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !