Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 24, 2011

Tahniah YBhg. Prof. Tan Sri Naib Canselor UKM !

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada ibunda YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Naib Canselor/Rektor IPTA mulai 21 Oktober 2011.

YBhg. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah telah menerajui UKM sejak 27 Ogos 2006. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari New South Wales, University of New South Wales (1982) dan Doctorate in Medicine pada 1997.

YBhg. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan. Pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (2004-2005).

Selain bergiat aktif dalam khidmat masyarakat dan badan profesional, beliau juga turut aktif dalam menerbitkan artike-artikel yang berkaitan perubatan. Antara penerbitan yang dihasilkan oleh beliau ialah 'Developing an Accreditation System for Medical School in Malaysia : Report of the Malaysian Medical Council Workshop on Accredition' (1996), Audit Akademik (1995), 'Intersectoral Collaboration in the Family Medicine Programme in UKM' (1995), 'Commentary on Prospects for Change in Medical Education in the 21st Century' (1994) dan lain-lain lagi.

Dari sudut kesarjanaan, beliau telah menyumbang kepada pembentukan kurikulum bersepadu dalam program perubatan dengan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang bertujuan memupuk pembelajaran secara aktif dan kemahiran belajar arah kendiri untuk pembelajaran sepanjang hayat. Beliau juga berjaya mewujudkan audit akademik dalaman dan sistem akreditasi dalam bidang perubatan dan penstrukturan keilmuan sesuai dengan abad maklumat.

Sebagai mengenang sumbangan dan jasa beliau dalam bidang akademik dan juga khidmat masyarakat, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat dan darjah kebesaran, antaranya Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada tahun 1996, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 1990, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K), 'Fretz Katz Memorial Medal for Excellence in Medical Education' pada tahun 1993 dan juga 'ICDE-COL Special Award of Excellence for Distance Education' pada tahun 1995.

Di luar kampus, YBhg. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah juga memegang jawatan Presiden National Council of Women’s Organisation (NCWO)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !