Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, December 22, 2011

Aspirasi berdemo di Putrajaya, tuntut Timbalan Menteri letak jawatan


Ekoran insiden 'bendera Najib' yang diturunkan hujung minggu lalu, hampir 500 mahasiswa dan alumni institusi pengajian tinggi awam telah berdemonsrasi di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diketuai Mohd. Shahar Abdullah itu turut menyerahkan dua memorandum masing-masing ditujukan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Shahar memaklumkan, kandungan memorandum pertama itu antaranya menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri.

Manakala di dalam memorandum kedua yang ditujukan kepada Datuk Saifuddin meminta beliau 'bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada 17 Disember lalu'.

'Saifuddin lacurkan demokrasi kampus'
"Kami kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang berdiam diri apabila bendera yang memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan," tambahnya.

Mohd Sahar juga ketika dalam ucapannya di hadapan kumpulan tersebut juga melaungkan Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus."

Timbalan menteri itu, tambahnya enggan mendengar pandangan kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi berkenaan walau wakil mereka memenangi pilihan raya kampus sebelum ini.

Mohd. Shahar berkata, sekiranya tuntutan itu tidak dilakukan dalam tempoh 14 hari, Saifuddin diminta meletakkan jawatan.

'Saya hendak jumpa, mereka (Aspirasi) tidak mahu'
Datuk Saifuddin Abdullah pula ketika membalas jawapan kepada memorandum yang ditujukan khas kepada belaiau berkata, kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang berdemonstrasi di hadapan bangunan kementeriannya itu semalam yang enggan untuk mengadakan pertemuan dengannya.

Katanya, jemputan berkenaan telah disuarakan oleh setiausaha sulit kanannya, Mohd Nazri Noh ketika menerima memorandum kumpulan pelajar itu semalam.

"Beliau (Setiausaha sulit kanannya) juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada jam 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak (kumpulan Aspirasi)."

Kumpulan pelajar tersebut berdemonstrasi hampir dua jam di hadapan pejabat Saifuddin semalam untuk beliau meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan kumpulan pro-Mahasiswa.

Tindakan kumpulan Aspirasi tersebut adalah satu reaksi balas kepada satu lagi perhimpunan anjuran kumpulan pelajar pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.


Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila segelintir daripada mereka bertindak menurunkan satu bendera bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat UMNO, hujung minggu lalu.

KPT, UPSI digesa bertindak tegas terhadap Adam Adli
Turut mengadakan perhimpunan balas membantah insiden 'bendera Najib' adalah Belia 4B Gelang Patah yang mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai semalam.

Demonstrasi yang bermula pukul 2 petang itu turut dihadiri 20 orang termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamad; Naib Presiden Aspirasi Evolusi Mahasiswa UTM, Nor Hasrul Akhmal Ngadiman dan beberapa penuntut UTM.

Setiausaha Gerakan Belia 4B Gelang Patah, Noorisham Ismail dalam responnya menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak tegas terhadap Adam Adli, mahasiswa tahun 3 universiti berkenaan kerana dikhuatiri 'sekiranya dia menjadi seorang guru suatu hari nanti, dia akan membawa kesan yang tidak baik khususnya kepada pelajar sekolah.'

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !