Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 2, 2011

KPM, KPTM digesa segera selesai penempatan graduan ISMP

KUALA LUMPUR, 1 Dis. - Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) digesa segera menyelesaikan masalah penempatan guru, tegas Presiden Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan, Mohd Abdullah Mohd Yusuf semasa Sidang Media Parlimen semalam.

Saudara Mohd Abdullah juga menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat kerana dasar tersebut adalah tidak relevan ; dalam masa yang sama masih ramai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum mendapat penempatan.

Selain itu, sehingga kini Kementerian Pelajaran Malaysia digesa membuat kenyataan rasmi berkenaan bilakah tarikh permohonan penempatan guru akan dibuka. Kegagalan mengumumkan tarikh permohonan penempatan guru dibuka menyebabkan ramai graduan ISMP terutama pemegang biasiswa KPM tertanya-tanya status kontrak mereka sama ada boleh atau tidak menceburi bidang pekerjaan yang lain.

KPM segera selesai masalah penempatan graduan ISMP
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar yang turut sama dalam sidang media di Parlimen tersebut mengesyorkan pihak KPM perlu mencari penyelesaian segera bagi mengelakkan graduan ISMP tiada pekerjaan setelah bertungkus lumus menjalani pengajian.

Ujar beliau, kerajaan seharusnya sudah jelas bilangan guru yang diperlukan sebelum melakukan pengambilan pelajar dalam bidang ini.

Masa depan mereka agak suram dan memerlukan kata putus daripada pihak kerajaan agar mereka segera mendapat penempatan.

Ini merupakan satu kecelaruan, ketidakselarasan di antara KPT dan KPM. "

Untuk rekod, awal bulan November lalu graduan ISMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan perhimpunan aman membantah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesyorkan graduan UPSI supaya 'mencari kerja lain' dan 'tidak hanya mengharapkan usaha kerajaan'.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !