Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 16, 2011

Mahasiswa berhimpun Sabtu ini, tuntut kebebasan akademik


KUALA LUMPUR 15 Dis: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) akan mengadakan himpunan aman di Dataran Merdeka bermula 2 jam petang Sabtu ini, kata Sekretariat media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin.

Himpunan itu katanya, bagi mendesak kerajaan persekutuan mewujudkan kebebasan akademik di Malaysia.

Pada himpunan itu, satu deklarasi mengenai kebebasan akademik di Malaysia akan dilancarkan dan sebelum ia diserah kepada kerajaan persekutuan dan parti pembangkang untuk dibahas di Parlimen.

Kami juga berharap deklarasi itu diluluskan bagi memastikan adanya panduan mengenai kebebasan akademik di negara ini,” katanya dihubungi hari ini.

Academic Freedom
Beliau memberi contoh, di England misalnya, ada pertubuhan bernama ‘Academic Freedom’ yang memperjuang kebebasan akademik di negara itu.

Ketika ini, katanya, tahap kebebasan akademik di Malaysia masih rendah kerana kerajaan persekutuan sukar menerima pandangan golongan ini.

Beliau memberi contoh pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang ditekan termasuk digantung tugas sebagai pensyarah kerana memberikan pandangan yang dilihat tidak menyebelahi Umno-Barisan Nasional.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari misalnya, kebebasan beliau memberi pandangan dikekang hanya kerana beliau dilihat tidak memihak parti pemerintah.

Hakikatnya, Profesor Aziz hanya memberi pandangan mengenai bidang dan kepakaran beliau,” katanya.

Tuntutan utama BEBAS
BEBAS juga antara lain telah menyenaraikan 6 tuntutan utama gerakan, iaitu :
1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174
2) Bebaskan ilmuan berakademik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik



15 penyokong BEBAS dibebaskan
Semalam, seramai 15 pemimpin dan pengikut Bebas ditahan polis di pekarangan KL Sentral kerana mengadakan flashmob, menuntut kebebasan akademik. Meraka hanya dibebaskan sekitar 10.30 malam tadi.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !