Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, December 19, 2011

Pena, Interlok dan politik pilihan raya.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyambut ulang tahun ke-50 dengan diringi berita penarikan semula novel Interlok sebagai sebuah teks sastera di sekolah.

Tentangan sesetengah pihak daripada kaum India terhadap penggunaan novel itu dalam pengajaran sastera di sekolah akhirnya berjaya ekoran pengumuman kerajaan baru-baru ini.

Pengumuman 'gula-gula' pilihanraya ?
Masa pengumuman ini dibuat dikaitkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan usaha Barisan Nasional memenangi undi kaum India, yang memberi undi dalam jumlah yang besar kepada pembangkang dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Berita berhubung Interlok itu ialah tamparan terbaharu kepada pejuang bahasa Melayu selepas perjuangan menentang dasar pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak mencapai matlamat.

Walaupun selepas desakan kuat penentang PPSMI, kerajaan mengumumkan dasar itu hanya akan ditamatkan pada 2016 untuk sekolah rendah dan 2021 untuk sekolah menengah, masa yang bermakna dasar itu akan terus berjalan untuk hampir 10 tahun lagi.

Tarik tali Interlok
Permainan politik pemerintah jelas kelihatan dalam menguruskan kemarahan pejuang bahasa terhadap pengumuman terbaharu yang bakal mencetuskan reaksi keras itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menghadiri makan malam majlis sambutan 50 tahun Pena semalam mengumumkan bantuan bernilai RM5 juta untuk penerbitan buku termasuk karya penulis muda dan RM1 juta untuk memulihkan Rumah Pena, tindakan yang dilihat ramai sebagai gula-gula pilihan raya.

Najib, pada masa sama, turut merasmikan program besar Pena, iaitu Perhimpunan Penulis Muda Nasional ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur selama dua hari bermula hari ini.

Pena berada di barisan hadapan dalam mempertahankan Interlok sebagai teks sastera sekolah dan mendesak pemansuhan PPSMI, dasar yang dimulakan pada tempoh hujung pentadbiran Mahathir.

1Malaysia abai kepentingan Melayu ?
Tindakan pemerintah berundur dalam isu Interlok menambahkan lagi kritikan terhadap gagasan 1 Malaysia yang didakwa lebih berkecenderungan liberal dan mengabaikan kepentingan Melayu.

Penarikan Interlok ini juga berpotensi mendedahkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada lebih banyak kritikan pejuang bahasa.

Muhyiddin sebelum ini menunjukkan pendirian agak tegas dalam isu Interlok, sikap yang lebih disenangi pihak pejuang bahasa.
Menurut Dato' Dr Subramaniam, Timbalan Perdana Menteri sudah bersetuju untuk menggugurkan novel perkauman ini. Walau bagaimanpun, pengumuman itu masih belum dibuat oleh Menteri Pelajaran itu sendiri

Selain pejuang bahasa, kedua-dua isu turut menjadi isu penting yang dijadikan modal politik oleh parti-parti pembangkang.

*Artikel asal boleh diperoleh di capaian berikut.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !