Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, December 14, 2011

'Segera daftar pemilih SPR'

MAKLUMAT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini menunjukkan sehingga akhir suku ketiga  tahun lalu, seramai 7,598,902 orang Melayu yang mencapai usia 21 tahun layak untuk menjadi pengundi sah.

Tetapi perangkaan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan hanya 5,693,985 orang yang mendaftar setakat ini, iaitu 43.45 peratus lagi belum mendaftar.

Punca warganegara tidak mendaftar
Empat punca mengapa warganegara yang tidak mendaftar sebagai pengundi:

1. Tidak berminat dalam urusan politik negara. Mereka menganggap sekiranya mereka tidak mengambil bahagian sekalipun negara tetap makmur dan mewah hingga mereka tidak mahu melibatkan diri walaupun sebagai pengundi. Mereka yang terlibat hampir sebahagian besarnya generasi muda.

2. Malas pergi ke tempat-tempat pendaftaran yang disediakan oleh SPR. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang telah membuat pertukaran alamat tempat bermastautin tetapi belum memohon membuat pertukaran alamat pusat mengundi dengan SPR.

3. Terlalu sibuk dengan urusan harian hingga menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk membuat permohonan pendaftaran sebagai pengundi.

4. Tidak tahu di mana tempat untuk membuat pendaftaran.

GMUKM gesa anak muda cakna
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berpendapat kesedaran untuk mendaftar sebagai pengundi harus disemai dalam kalangan pelajar agar mereka menunaikan tanggungjawab yang diharapkan itu apabila cukup umur mereka sebagai pemilih.

Sistem pendaftaran mengundi juga boleh dilakukan secara automatik seperti diamalkan di negara Barat bagi mengurangkan kos pengurusan selain memudahkan menarik minat anak muda terbabit dalam politik negara.

Pendaftaran pemilih tugas semua pihak
Namun tanggungjawab pendaftaran mengundi ini tidak hanya terletak pada SPR saja kerana agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) juga harus mengambil bahagian menangani masalah ini. Pejabat pos, parti politik, universiti dan lain-lain boleh digunakan untuk melakukan pendaftaran pemilih ini.

Media cetak dan elektronik juga disarankan agar turut sama terbuka untuk bekerjasama dalam menjayakan usaha ini. Rakyat juga harus mengubah sikap suka menangguh pendaftaran pada saat-saat akhir kerana ia akan mengundang masalah kepada pihak SPR dan kemungkinan besar berlaku kesulitan ketika proses pengundian seperti ketiadaan nama dalam senarai pemilih, alamat tidak lengkap, nombor kad pengenalan salah dan sebagainya.

SPR menjelaskan bahawa pelbagai kaedah telah disediakan oleh SPR bagi memudahkan pemilih berdaftar membuat semakan maklumat pendaftaran mereka. Semakan boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti yang berikut:

- Laman web SPR : Semakan boleh dibuat dengan melayari Laman Web SPR di http://www.spr.gov.my
- Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNo.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
- Kaunter-kaunter SPR

Semakan di kaunter SPR boleh dibuat di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, ataupun di Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Sebagai usaha untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mendaftar sebagai pengundi juga, SPR telah melantik seramai 10,156 orang Penolong Pendaftar Pemilih di seluruh negara.

SPR harap lebih ramai mendaftar
Dengan penglibatan SPR dalam program seperti itu dan adanya pelbagai saluran pendaftaran pemilih yang disediakan, SPR berharap agar lebih ramai warganegara yang berumur 21 tahun dan ke atas yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !