Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 1, 2012

'Insiden di UPSI bakal tercatat dalam sejarah mahasiswa'

1 JAN 2012 - Sambutan tahun baru 2012 di Malaysia semalam telah dicemari dengan tragedi berdarah dan bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai tindakan rakus oleh pihak polis terhadap mahasiswa.
Dalam kejadian awal pagi semalam, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit-FRU)  dilaporkan telah memukul sekumpulan mahasiswa yang berhimpun menuntut kebebasan akademik di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Menurut laporan awal seramai 17 orang mahasiswa telah ditangkap dan beberapa orang mahasiswa termasuk Pengerusi BEBAS, Safwan Anang@Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU dan telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan Hospital Slim River semalam.

Beliau juga dilaporkan telah patah tulang rusuk dan patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis.

Himpunan aman tuntut kebebasan akademik
Menurut jurucakap himpunan tersebut, pada awalnya difahamkan perhimpunan mahasiswa semalam dijadualkan berlangsung sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Himpunan tersebut juga membantah tindakan pihak UPSI mengantung Adam Adli dari pengajiannya ekoran tindakannya menurunkan 'bendera Najib' di Putra World Trade Centre (PWTC) pertengahan bulan lalu.
Adam Adli turut ditahan di lokap IPD Tg Malim
Tindakan hampir 100 orang pihak FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan cuba mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan berlaku ketegangan di antara mahasiswa dan pihak polis.



Persoalan timbul
Di kalangan pemerhati politik kampus dan mahasiswa sendiri melihat insiden awal pagi semalam jelas nyata berbeza dengan slogan yang dilaungkan oleh pihak PDRM, iaitu ' Integriti Amalan Kita. '

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat pasukan polis persekutuan (FRU) bertindak di luar kewajaran walhal mahasiswa yang berhimpun tidak bersenjata dan jelas tidak mengancam mana-mana pihak.

Insiden-insiden sebegini sebenarnya dilihat akan meningkatkan kebencian rakyat kepada pihak berkuasa yang mana akan membuatkan rakyat memberontak dan membenci kerajaan.

Adakah kita mahu melihat Malaysia menjadi seperti Mesir, Libya dan Syiria; apabila pihak berkuasa dilihat melampaui kuasa yang ada menyebabkan rakyat bangun menentang pihak berkuasa kerajaan?

Dan lebih serius memikirkan bahawa bukankah Malaysia adalah negara berperlembangaan dan memberikan kebebasan kepada rakyatnya bersuara dan berhimpun seperti yang tertakluk di bawah peruntukan Perlembagaan di bawah Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan?

Juga menjadi persoalan, adakah kerana kepentingan politik, kita sanggup ketepikan undang-undang yang digubal?

Teruskan membaca entri berikut;

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !