Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 4, 2012

NOBISHA : Hanya 19% graduan bumiputera peroleh gaji permulaan RM 2,000

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Sekadar tatapan, buat perkongsian di musim peperiksaan ini. Juga ucapan selamat peperiksaan daripada Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kepada rakan-rakan sekalian.

Ber-GM Lebih Baik!
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

HANYA 19% GRADUAN BUMIPUTERA PEROLEH GAJI RM2K
Sekadar gambar hiasan
Hanya 19% graduan Bumiputera mendapat gaji permulaan sebanyak RM2,000 dan ke atas. Jumlah ini jauh lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan graduan kaum lain. Sebanyak 70% graduan berbangsa Cina dan 27% graduan kaum India mendapat gaji permulaan RM2,000 dan ke atas. Itu laporan NTV7, memetik sumber Unit Perancang Ekonomi (2009).

Pada hemat saya, graduan Bumiputera tidak perlu irihati dengan gaji permulaan yang tinggi oleh kaum lain. Apa yang perlu dilakukan ialah cermin diri sendiri.


Secara kolektif, Bumiputera tidak menguasai ekonomi negara. Sebanyak 86% syarikat Bumiputera adalah mikro, manakala pemilikan ekuiti sektor korporat adalah sekitar 21.9% saja.

Atas semangat inilah, maka jurang antara komuniti perniagaan dan perdagangan Bumiputera dengan kaum lain perlu dirapatkan. Mahu tidak mahu, penglibatan Bumiputera dalam perniagaan perlu ditingkatkan. Syarikat Bumiputera sedia ada perlu ditransformasi supaya menjadi lebih besar dan berdaya saing.

Saya faham ada orang akan berhujah simplistik dan tipikal mengatakan isunya ialah agihan yang tidak merata di kalangan Bumiputera itu sendiri. Itu adalah satu perspektif. Namun, hujah tersebut tidak dapat menafikan hakikat bahawa kekayaan ekonomi tidak berada dalam komuniti Bumiputera.

Pada masa yang sama, pelajar Bumiputera perlu melihat kelemahan diri sendiri. Usah jadi seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam pasir dan menganggap kita hebat. Berhenti salahkan orang lain.

Ramai majikan – termasuklah Bumiputera – yang mempertikaikan kualiti pelajar Bumiputera. Sekali lagi, kita boleh salahkan kerajaan atau IPTA. Namun, hakikat yang ada di depan mata kita ialah pelajar bukan Bumiputera yang belajar di IPTA yang sama tidak menghadapi masalah sedemikian.

Apabila MRSM membuka pintu kepada bukan Bumiputera, pelajar 10 teratas (top ten) cemerlang di hampir semua sekolah ini adalah bukan Bumiputera.

Itu pun, masih nak salahkan kerajaan, majikan dan IPTA?

*Penulis, Norizan bin Sharif (NOBISHA) merupakan penganalisa isu-isu semasa negara. Artikel asal di atas boleh diperolehi di laman blog beliau di http://nobisha.com

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !