Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 10, 2012

Nasib Mandeep Singh VS PTPTN ditentukan 13 Februari


Kuala Lumpur, 9 Feb : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 13 Februari ini untuk membuat keputusan mengenai permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman seorang peminjam pinjaman tabung itu.

Hakim Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut disebut semula di Kuala Lumpur bulan lalu.

Pada 20 September tahun lalu, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Registri Sivil Mahkamah Sesyen terhadap PTPTN kerana memfitnah dan menangkapnya secara salah berikutan beliau disenarai hitamkan untuk dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannnya.


Peguam beliau Abdul Malik Hakim memberitahu pemberita bahawa PTPTN telah memfailkan untuk membatalkan permohonan itu atas alasan bahawa tindakan itu yang dikemukakan oleh plaintif (Mandeep) berkaitan isu-isu perlembagaan di mana Mahkamah Tinggi hendaklah memutuskan mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata PTPTN juga menyatakan bahawa mengikut Seksyen 22 Akta PTPTN, mereka berhak melarang penuntut yang gagal membuat pembayaran daripada meninggalkan negara.

Tuntut RM19,000

Dalam kenyataan tuntutan, Mandeep, 27, memohon RM19,000 bagi kemudahan khas untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan bayaran lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau berkata mengikut perjanjian pinjaman pengajian bertarikh 9 Nov, 2006, PTPTN bersetuju meminjamkan beliau RM48,000.

Mandeep mendakwa bahawa beliau ditahan oleh para pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada 6 Julai tahun lalu, ketika beliau hendak berlepas Guangzhao, China untuk bercuti.

Katanya beliau dimaklumkan oleh para pegawai itu bahawa namanya telah disenarai hitamkan dalam pangkalan data Imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu sungguhpun beliau telah memaklumkannya kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

Berikutan itu, Mandeep mendakwa beliau dihina di khalayak ramai dan insiden itu mencemarkan reputasinya.

Keputusan kes Mandeep Singh vs PTPTN pada 13 Februari ini diberitakan akan bermula pada pukul 2.30 petang bertempat di Tingkat 3 Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. - GZDaily

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !