Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 23, 2012

Flash mob GMFKAB santai

UKM, 22 Mac – Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) telah mengadakan kempen kesedaran cintakan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah satu Universsiti yang tersohor di dalam negara.

GMFKAB menggunakan alternatif  'Flash Mob' sebagai satu pendekatan yang santai, menarik dan ringkas tetapi mempunyai objektif yang cukup jelas. Kebanyakan penyokong dan pendokong GMFKAB turun bersama-sama pada kempen ini untuk melancarkan pergerakan kempen.
Flash Mob merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dengan melakonkan keadaan-keadaan mengikut skrip yang dibaca oleh speaker mengikut  nilai yang ingin dipupuk.

GMFKAB menggunakan nilai “We Love FKAB UKM” berdasarkan falsafah UKM iaitu­­­­­­­­­­­­­­­ UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Para penyokong dan pendokong GMFKAB melakonkan watak-watak seperti pensyarah, jurutera awam, mekanikal, kimia, elektrik, dan “hero” zero waste sepagai tanda GMFKAB menyokong kesedaran agenda kelestarian UKM.

Setelah speaker menyampaikan nilai yang ingin dipupuk, speaker akan memberhentikan pidato beliau pada pertengahan ucapan dan pada masa itu lakonan kaku akan berlaku selama 3 minit. Selepas 3 minit speaker akan menghabiskan ucapan beliau dan akan memberikan justifikasi kepada apa yang dilakonkan.

Turut hadir bersama-sama pada kempen kesedaran “We Love FKAB UKM” adalah MPP Umum 3&4 Muslimah Binti Marsi, MPP FKAB 3&4 Mohd Faizal Bin Ahmad, dan dua orang duta GMFKAB iaitu Rosilina Binti Mohammed Saleem dan Ahmed Suffi Bin Roslan.


We Love UKM

Pendidikan teras pembentukan modal insan


Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama







Jurutera Mekanikal

Jurutera Kimia


“Jarang-jarang kita melakukan kempen kesedaran Flash Mob di UKM. Pada kali ini GMFKAB menggunakan Flash Mob sebagai cara menggantikan kempen-kempen sebelum ini melalui risalah-risalah, pidato-pidato yang panjang dan sebagainya. 
Kami di peringkat GMFKAB akan sentiasa menyokong segala usaha ke arah menaikkan nama UKM yang kita cintai,” respon Abdullah Sani selaku speaker Flash Mob GMFKAB sebentar tadi.

Kempen tersebut berlangsung di ruang legar fakulti bermula pada jam 1.20 petang dan berakhir pada 1.25 petang.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !