Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, March 4, 2012

Isu PTPTN : Enggan retorik, MPP GMUKM komited bawa isu kebajikan mahasiswa

Enggan beretorik dan sekadar bercakap kosong, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang diterajui MPP GMUKM komited mengotakan agenda kebajikan yang ditawarkan pada Pemilihan MPP 2011 (pilihanraya kampus) yang lalu.

Dengan kehadiran mahasiswa yang memenuhi 3/4 buah kerusi di dalam Auditorium Siswa, Pusanika, Sabtu malam lalu menjadi medan mahasiswa meluahkan isi hati berkaitan pinjaman PTPTN yang didakwa mereka 'mengelirukan' dan 'mencekik darah'.

Sesi dialog yang berlangsung hampir satu jam setengah ini telah dimudahcara sendiri oleh Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan Mohamad Ezuan selaku Setiausaha Agung PMUKM untuk membuktikan keseriusan MPP GMUKM cakna dan prihatin serta bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah PTPTN ini dalam kadar yang segera.

Hadir bersama walaupun kini sedang menjalani praktikum saudara Timbalan Presiden Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff dan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol.



'Duit pendahuluan sudah habis dibayar, tetapi akaun kami masih dipotong'

Isu yang hangat dibangkitkan oleh mahasiswa adalah berkaitan bayaran balik wang pendahuluan RM 500 yang sudah ditolak tiga semester, tetapi pada sesi ini RM 500 itu tetap masih dipotong lagi.

Kes lain pula, sesetengah akaun pelajar sudah dipotong untuk yuran pengajian dan dimasukkan baki pinjaman sekitar RM 2 ribu daripada jumlah penuh pinjaman RM 3200 per semester, tetapi perincian hutang masih menunjukkan baki pelajar berhutang.

Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya-tanya dasar sistem yang diperkenalkan pihak PTPTN tersebut.



PMUKM usahakan pertemuan empat mata

PMUKM melalui laman blog rasmi mereka di http://pm-ukm.blogspot.com dalam pada itu berjanji berusaha membawa isu ini ke pihak berkaitan.

"(Bagi PMUKM) Ini bukanlah langkah akhir atau jalan penamat bagi masalah ini. Kita akan pastikan isu ini dibawa ke peringkat yang berautoriti supaya permasalahan kita (tanggung) bersama ini (berjaya) menemui jalan penyelesaian," jamin LT M Ahmad Muzzammil selaku Presiden PMUKM.

GMUKM juga menolak tindakan pihak lawan yang hanya tahu 'berbual' di Facebook, sebaliknya berdiam diri daripada melakukan sebarang tindakan susulan.

Sekadar sinisan orang-orang terdahulu, adakah TSB itu bermakna; Tugu-Semput-Batu ??

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !