Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 2, 2012

Kemeriahan GM Tour de' UKM [GAMBAR]

BANGI, 1 Mac - Biarpun perancangan awal kurang berjaya, namun dek semangat dan komitmen yang tinggi, GM Tour de' UKM semalam telah berlangsung dengan jayanya.



Kira-kira 5.45 petang, bertempat di Pusat Sukan Stadium UKM, acara dimulakan ucapan Duta GM-FPI, saudara Rashid,mahasiswa tahun 1 dan Rosilina Saleem dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina tahun 3.

Seterusnya Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi turut menyampaikan ucapan sebagai perasmian acara pada petang tersebut.

Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas sambutan dan kehadiran rakan-rakan ke aktiviti 'tour' tersebut.

Beliau turut mengingatkan agar para penyokong membetulkan niat untuk bukan sekadar suka-suka, tetapi bertujuan untuk berekreasi pada waktu petang.

Selesai acara perasmian, acara GM Tour de UKM terus bergerak ke kolej-kolej kediaman terpilih. Untuk minggu ini, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Kolej Dato Onn (KDO) telah dipilih sebagai destinasi siri jelajah.






Para hadirin sempat beramah mesra dan mengedarkan flyer dari bilik ke bilik.

Selesai di KTHO dan KDO, tour diteruskan melalui Kolej Aminuddin Baki (KAB), melalui Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan Fakulti Sains & Teknologi (FST).

Tour kemudian berhenti di Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) sebagai 'check-point' terakhir. Dengan sedikit ucapan di samping sempat beramah mesra dan pengedaran risalah di sekitar kawasan umum KPZ.







Acara berakhir sekitar pukul 6.50 petang.

1 comments:

muslimah said...

jeles tak dapat join..ade kelas sampai kul 7..huhuhu :((

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !