Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, March 3, 2012

Kempen Ais Krim GM-FKAB Meriah

01 Mac- Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) telah mengadakan kempen memberi Ais Krim Kon di sekitar fakulti kejuruteraan sekitar jam 1.00 tengah hari.

Turut hadir untuk memeriahkan lagi kempen tersebut adalah MPP FKAB 3&4, Mohd Faizal Bin Ahmad yang juga merangkap Naib Presiden III PMUKM dan MPP Muslimah Binti Marsi, Naib Presiden II PMUKM.



Tidak terlepas duta GMFKAB turut memberikan ais krim tersebut kepada mahasiswa fakulti kejuruteraan. Pemberian ais krim ini merupakan sumbangan ikhlas daripada GMFKAB sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa/i di fakulti kerana terus memberikan sokongan terhadap gagasan yang dibawa oleh gabungan mahasiswa di PMUKM.

GMFKAB sangat dihormati di fakulti kerana kebanyakan ahli GMFKAB mempunyai hubungan yang baik dengan semua warga fakulti mahupun pihak pentadbiran.

Kempen tersebut juga berlangsung dengan pemberian Kompilasi Menifesto GMUKM dalam bentuk buku untuk memberitahu kepada warga fakulti berkaitan dengan manifesto GMUKM yang telah diselesaikan.

Untuk rekod GMFKAB telah menghantar calon untuk bertanding pada PRK lepas iaitu Muhammad Harith bin Abdul Kadir, Muslimah binti Marsi, Mohd Faizal bin Ahmad dan Roslina Binti Sahidin.

Tiga daripada mereka memenangi kerusi yang dipertandingkan dengan Muslimah binti Marsi dan Muhammad Harith bin Abdul Kadir mencatatkan undian pertama dan kedua tertinggi bagi kerusi umum 3 & 4. Manakala Mohd Faizal bin Ahmad memenangi kerusi FKAB 3&4 menewaskan Chew Pan Hao daripada calon Aspirasi.




" Kita sentiasa memelihara agenda yang diperjuangkan oleh GMUKM yang berteraskan nilai kebajikan dan keintelektualan.

"Walaupun kita sibuk untuk menguruskan kemenangan GMUKM di PMUKM, tetapi kita tidak lupa kepada warga fakulti yang sentiasa memberikan sokongan kepada kemenangan GMUKM pada kali ini," respon Muhammad Zaki Bin Abdullah selaku duta GMFKAB.

Kempen tersebut berakhir sekitar jam 1.30 tengah hari dengan kesemua ais krim dan buku kompilasi manifesto GMUKM habis diberikan kepada warga fakulti.

Kami di peringkat GMFKAB mengucapkan terima kasih kepada semua warga fakulti kerana ceria menerima pemberian ais krim tersebut.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !