Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 9, 2012

'Speaker Corner @ Kolej Anda' temui penghuni Kolej

BANGI, 8 Mac - 'Speaker Corner @ Kolej Anda' pada hari ini berjalan lancar biarpun cuba dilakukan provokasi.

Bermula dari Panggung Seni, pergerakan Hari UNGU pada petang tadi bermula agak lewat disebabkan cuaca yang tidak berapa memuaskan. Sedikit taklimat pergerakan dan keselamatan telah disampaikan oleh Pengurus Kempen sebelum disudahi dengan sedikit doa selamat.

Disebabkan beberapa buah faktor, seluruh penyokong GMUKM telah digerakkan ke Kolej Keris Mas untuk aktiviti pidato yang pertama.

Bertempat di kafeteria KKM, sudut pidato dimulakan oleh saudara Harith Faisal, FST/2 sebagai pengerusi majlis. Beliau telah menyuarakan serba sedikit isu PTPTN dan pilihanraya kampus (PRK) yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.


Seterusnya beliau menjemput saudara Afif Zulkefli, selaku duta GM-FST. Saudara Afif menyampaikan peranan suara mahasiswa dalam pilihanraya kampus / Pemilihan MPP sangat penting dan perlu diambil perhatian kerana ia melibatkan masa depan kepimpinan dan budaya keilmuan di dalam kampus.

Beliau turut memuji gerak kerja PMUKM pada sesi kali ini yang lebih baik membawa agenda keilmuan dan keintelektualan; berbeza dengan gerak kerja Aspirasi sebelum daripada ini.

Saudara Harith Faisal memulakan pidato
Saudara Afif memuji kepimpinan PMUKM sesi kali ini

Selesai ucapan daripada saudara Afif, ahli GMUKM digerakkan ke Kolej Ibu Zain untuk aktiviti beramah mesra dan pengedaran kompilasi manifesto GMUKM yang berjaya dilaksanakan.



Seterusnya pergerakan ahli dimobilasi ke Kolej Ungku Omar (KUO). Sekali lagi sudut pidato dimudahcara oleh saudara Harith Faisal membicarakan isu PTPTN. Seterusnya saudara Muzamil selaku Presiden PMUKM tampil untuk memberi penjelasan berkenaan isu PTPTN.

Saudara Presiden PMUKM sendiri turun padang menjelaskan isu PTPTN

Usai pergerakan di KUO, majlis ditamatkan memandangkan masa yang tidak mengizinkan. Kepada rakan-rakan yang menanti kami Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) di kolej-kolej anda semalam, pihak kami amat kesal kerana tidak sempat. Namun begitu GMUKM berjanji akan mengatur aktiviti serupa dalam masa terdekat ini di kolej-kolej berikutnya.

Nantikan GMUKM di kolej-kolej anda !

Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !