Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 30, 2012

'PTPTN perlu untuk bantu pelajar IPTS'

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia amat menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Justeru itu, ujar Datuk Seri Khaled Nordin selaku Menteri yang terbabit, cadangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Tindakan tersebut menurut beliau turut akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

'Cadangan hapus PTPTN tidak relevan'

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Program MyBrain15 turut disediakan untuk pihak swasta

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !