Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, June 21, 2012

Ops 20/20? Konspirasi Menumbangkan Budaya Demokrasi

Berikut adalah kenyataan rasmi Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) berhubung isu konspirasi Ops 20/20 yang menjadi perhatian ramai, khususnya buat aktivis mahasiswa seluruh Malaysia.



Pertempuran atas padang yang tak rata antara Pro-M kampus, khususnya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan Pro-Aspirasi, Aspirasi Kampus Ukm kian ketara. Pembongkaran demi pembongkaran jelas membuktikan Aspirasi diperkudakan oleh Barisan Nasional. Mereka dijadikan kuda tunggangan semata-mata bagi merealisasikan hasrat BN untuk terus meneraju kepimpinan negara. Ops 20/20 yang dilancarkan BN bertujuan untuk memenangi Pilihanraya Kampus seluruh Malaysia dilihat sebagai taktik kotor yang sangat keji. Mereka melihat kemenangan Pro-M di setiap kampus memberi kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat. BN cuba mempengaruhi undi anak muda terutama mahasiswa.



Mahasiswa hari ini bukan sahaja perlu menolak Aspirasi. Bahkan musuh yang jelas perlu kita tolak ialah BN.





Kospirasi yang ingin menundukkan semangat perjuangan aktivis pro-mahasiswa menjadi mainan politik kerajaan UMNO-BN. Jelas menunjukkan pencemaran budaya politik kotor dalam sepak terajang politik mahasiswa.

Bermula dengan isu mahasiswa Fakulti Pengajian Islam yang ditawarkan untuk menyertai program Biro Tata Negara (BTN). Malah, didesak dengan ancaman wajib!

Kalian mampu menilai dimana tahap rasional HEP dan konco-konconya bertindak. Niat jahat mereka serta iri hati mereka terhadap aktivis Pro-Mahasiswa semakin membuak-buak. 

Hari ini timbul pula isu kospirasi Ops 20/20 yang menjadi strategi perjuangan mereka untuk menumbangkan gerakan mahasiswa. Bongkar dan terus bongkar. GMUKM tetap tekad bersama mahasiswa.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !