Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 8, 2012

Unisel Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar Tidak Dapat Pinjaman PTPTN


SHAH ALAM, 7 Jun (Bernama) -- Universiti Selangor (Unisel) akan menjual asetnya iaitu hartanah seluas 202.34 hektar bagi membantu pelajar barunya yang mengalami kesukaran meneruskan pengajian, berikutan pembekuan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata aset berkenaan diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam Corporation.

"Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar (202.34 hektar) telah menjadi aset Unisel.

"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang terjejas akibat tindakan pembekuan PTPTN," katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata bantuan kewangan itu hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.



-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !