Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 3, 2012

SMM: Dasar baru SPA tak selesai beban PTPTN

Hazayani Zakaria,
03 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan dua dasar baru yang diperkenal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai 'tidak mengubah apa-apa'.

Pengerusinya, Safwan Anang berkata, kerajaan tidak boleh mengenepikan isu pemegang ijazah yang menanggung beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan memperkenalkan dasar baru dalam SPA.

"SMM lihat ini satu lagi masalah besar kerana yang kita kemukakan isu PTPTN. Persoalan SMM, apa mekanisme kerajaan terhadap isu PTPTN?

Adakah kerajaan nak elak dari berhadapan isu PTPTN, kerajaan buat dasar baru ini. Tak kiralah pemegang ijazah boleh mohon sehingga 15 jawatan, mereka tetap terbeban dengan hutang selepas habis belajar," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.



Dasar baru SPA berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.

Menurut Safwan lagi, dasar baru ini dilihat satu lagi sikap lepas tangan kerajaan dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

"Longgar syarat permohonan jawatan tak ubah apa-apa. Ini bukan dasar baru. Sebagai contoh, ada pemegang ijazah dalam bidang kejuruteraan, tapi nak minta kerja bidang lain, guna sijil SPM. jadi ini bukan dasar baru," katanya.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga tidak bersetuju dengan dua dasar baru ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar tersebut sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini.

Dasar tersebut dakwanya langsung tidak mencerminkan daya saing di kalangan pemohon yang berbeza kelayakan.

Ia juga memungkinkan berlaku kenaikan kos tambahan melibatkan proses temuduga, pengambilan kakitangan awam yang baru bagi jawatan SPM, latihan dan lain-lain lagi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !