Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 18, 2012

Analisa jumlah Kerusi PRK 2012



Gendang Pilihanraya Kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 sudah bermula.

Dengan jangkaan tepat oleh pihak dalaman yang meramalkan PRK akan diadakan sehampir mungkin selepas kemasukan mahasiswa baru pada awal bulan ini, diikuti dengan bengkel calon yang diadakan penghujung minggu lalu oleh pihak JPPel, pihak pentadbiran dilihat tergesa-gesa untuk mengadakan PRK pada kali ini dipercayai ekoran cubaan memastikan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang menerajui PMUKM sesi lalu akan tumbang pada PRK kali ini.

Melihatkan jumlah kerusi yang ditawarkan semakin berkurangan khususnya dalam beberapa buah kerusi yang kritikal dan sukar dimenangi oleh pihak lawan, maka GMUKM melihat ia adalah tindakan keanak-anakan oleh pihak pentadbiran yang cuba memenangkan pihak lawan dengan cara yang kotor


Kerusi Siswazah tidak dipertandingkanDaripada 35 buah kerusi yang ditawarkan pada PRK sesi 2010-2011, jumlah tersebut dikurangkan kepada 28 buah sahaja. Ini ditambah lagi dengan kerusi Siswazah yang yang diasingkan terus daripada PRK kali ini, setelah kerusi tersebut dilihat tidak menyumbang langsung kepada pihak lawan pada sesi lalu.

Secara kasarnya, disenaraikan di bawah ini jumlah kerusi dan kawasan yang dipertandingkan pada Pilihanraya Kampus UKM 2012 (PRK 2012).

UMUM Tahun 1/2   : 5 kerusi
UMUM Tahun 3/5   : 4 kerusi
FST Tahun 1/2         : 2 kerusi
FST Tahun 3/4         : 2 kerusi
FPer Tahun 1/2        : 1 kerusi
FPer Tahun 3/5        : 1 kerusi
FSSK Tahun 1/2      : 1 kerusi
FSSK Tahun 3         : 1 kerusi
FSK Tahun 1/2        : 1 kerusi
FSK Tahun 3/4        : 1 kerusi
FEP Tahun 1/2         : 1 kerusi
FEP Tahun 3/4         : 1 kerusi
FKAB                     : 1 kerusi
FPI                          : 1 kerusi
FPend                      : 1 kerusi
FGG                        : 1 kerusi
FFarmasi                 : 1 kerusi
FTSM                     : 1 kerusi
FUU                        : 1 kerusi

Pengurangan kerusi tidak memeranjatkanAdalah tidak memeranjatkan di beberapa buah kerusi yang pihak lawan tipis untuk menang seperti di Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), kerusi tahun 3/4 telah dimansuhkan atas alasan pelajar semakin berkurangan.

Ini kerana modus operandi yang sama telah dilakukan di Fakulti Pendidikan (FPend) dengan alasan yang sama tahun lalu, semata-mata untuk mengurangkan bilangan kerusi yang dimenangi GMUKM.

Di peringkat GMUKM melihat tindakan bacul ini atas konspirasi terancang oleh 'pihak-pihak tertentu' demi memastikan "Ops 20/20" sebagaimana yang didedahkan Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) pertengahan tahun ini berjaya dengan apa cara sekalipun.

FST kerusi selamat Aspirasi ?Ironinya kerusi di Fakulti Sains & Teknologi (FST) tidak berkurangan iaitu 4 buah kerusi sedangkan jumlah mahasiswa FST terkini sudah tidak sampai 3 ribu. Ini berdasarkan data terkini yang dikeluarkan Pejabat Kedekanan FST.

Ini dipercayai ekoran perkiraan pihak pentadbiran bahawa kerusi tahun 1/2 FST akan mudah dimenangi pihak lawan, "asalkan calon cantik, segak" .

Bagaimanapun pihak GMUKM melihat tindakan ini seakan-akan menafikan kebijaksanaan dan kematangan mahasiswa-mahasiswi baru untuk memilih yang mana permata, dan yang mana kaca.

Gabungan Mahasiswa dalam pada itu turut mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan Majlis Pemilihan Pelajar kali ini agar menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Amanah jawatan yang diberi bukan untuk dibuat sambil lewa, jauh sekali untuk dikhianati.

Kepada para penyokong dan pendokong Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), teruskan bersama-sama kita merealisasi misi dan visi varsiti kita, menjulang Falsafah UKM iaitu "Paduan antara iman dan amal kepada Allah dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelaiar dan Pembangunan Universiti”

P/s : Jangan lupa janjitemu kita di perbarisan Hari Penamaan Calon pada hari Jumaat, 21 September 2012 !

* LEAD THE CHANGES *
Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !