Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 17, 2012

Pro-Mahasiswa Yakin Pertahan Penguasaan 4 Kampus

Kuala Lumpur - Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yakin mempertahankan kemenangan di empat kampus utama dalam pilihan raya kampus yang akan bermula minggu depan ekoran persediaan awal mereka sejak Mac lalu.

"Dari segi calon kita sudah mencukupi. Kita sedia bertanding setiap kerusi yang dipertandingkan. Kita sudah bersedia sejak mengetahui pilihan raya kampus ditangguhkan sehingga bulan ini.

"Sejak daripada bulan Mac kita sudah mula mencari calon dan menyediakan bahan-bahan kempen," kata Pengerusi Pro-M Nasional Edikuop Lakip Sediyanto ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Empat kampus tersebut adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Selangor (Unisel).

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, di UKM (22 daripada 37 kerusi), UIA (23 daripada 26 kerusi) dan Unisel menang semua 16 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, mereka menjangkakan menambah penguasaan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) sekali pun tewas sebelum ini.

"Kami juga berusaha untuk meletakkan calon di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sebelum ini gagal ditembusi. Universiti itu kubu kuat pro-Aspirasi," katanya.

Selain tujuh institut pengajian tinggi awam dan swasta itu, 13 lagi kampus bakal melangsungkan pilihan raya serentak pada 25 September.

Kampus tersebut ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak).

Sementara itu, lima kampus akan mengadakan pilihan raya kampus pada 20 September ini, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Sumber : Mahasiswakini.net

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !