Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, October 21, 2012

'Pegawai Kerajaan Usah Bimbang Kemukakan Cadangan' - Tan Sri Dr Mazlan Ahmad



Tan Sri Dato' Paduka Dr Mazlan Ahmad menasihati kakitangan kerajaan tidak terlalu banyak merungut tetapi bersedia memberi cadangan memperbaiki jentera kerajaan jika tidak puas hati.

Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyeru mereka lebih tekun bekerja dan berani memberi pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan.

Tan Sri Dr Mazlan yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pentadbiran Awam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen Ke-40 UKM berkata, mereka yang lantang bersuara harus juga memberi cadangan yang bernas jika memikirkan dasar atau program kerajaan kurang sesuai.

Dalam ucapbalasnya selepas menerima Ijazah Doktor Kehormatnya, Tan Sri Dr Mazlan berkata seseorang yang mahu mencapai kejayaan perlu mempunyai wawasan dan semangat yang boleh mendorong mereka untuk maju.

Beliau ibaratkan seorang yang tidak mempunyai wawasan sebagai sebuah kapal berlayar tanpa hala tuju dan bergantung kepada angin dan arus gelombang sahaja.

Beliau memberitahu Portal Berita UKM selepas menerima watikahnya daripada Canselor UKM, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawirhari ini bahawa kakitangan kerajaan juga perlu pintar membuat syor kepada ketua jabatan masing secara positif.


Tan Sri Mazlan Tokoh Ulung Negara
Tan Sri Dr Mazlan telah berkhidmat selama 33 tahun dalam Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik dan pernah memegang berbagai jawatan penting termasuk Pengarah INTAN, Ketua Setiausaha Kementerian Kehakiman dan Kementerian Penerangan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari tahun 1995 hingga bersara pada 1998. Jawatan terakhir beliau ketika berkhidmat dengan UKM adalah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya selama empat tahun sehingga bulan Mei tahun lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarahdari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan PhD dalam Pentadbiran Awam dari University of SouthernCalifornia, Los Angeles.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !