Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 28, 2012

Dr M : Demokrasi Boleh Membiakkan Keganasan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Demokrasi tidak menjamin keselamatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil memberikan amaran ia boleh menyebabkan keganasan berlaku apabila kumpulan minoriti bangkit menuntut hak mereka.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan semasa pilihan raya, pihak yang kalah seringkali tidak menerima kegagalan mereka dan akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.

Beliau (gambar) berkata walaupun pihak kalah melalui proses demokratik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi sama untuk menafikan keputusan pilihan raya dengan mendakwa bahawa ianya sudah tercemar.

“Kadang-kadang ini membawa kepada keganasan dan pembunuhan, rumah-rumah dan bangunan terbakar mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan majoriti,” kata Dr Mahathir semasaa ceramah makan tengah hari bagi Forum Antarabangsa 2012 diadakan sempena perhimpunan agung Umno minggu ini.
“Ini kerana di negara-negara demokrasi baru, kita tidak menghargai sepenuhnya sistem walaupun kita katakan kita suka demokrasi, kita hanya suka apabila kita menang, bukan apabila kita kalah,” katanya.


Dr Mahathir menambah walaupun demokrasi menggalakkan kesaksamaan rakyat, ini akan membawa kepada konflik kerana ramai tidak berkongsi cita-cita sama.

Konflik-konflik ini, jika tidak dijelaskan dengan betul, akan membawa kepada keganasan yang tidak berkesudahan dan kehilangan nyawa, katanya.

“Jadi demokrasi pun tidak menjamin keselamatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar boleh membawa kepada keretakan dalam masyarakat oleh kerana kumpulan minoriti tertentu menggunakan demokrasi sebagai pasport mereka membuat bantahan awam, yang katanya akan mengganggu perniagaan dan ekonomi.

“Sekali lagi, sungguhpun hak asasi manusia diberikan, masyarakat menjadi tidak stabil,” katanya.

Dr Mahathir berkata dalam demokrasi yang ideal, parti yang bertanding perlu menerima kekalahan dan kemenangan tanpa mengadakan demonstrasi yang terbukti boleh membuktikan memudaratkan struktur sosial masyarakat.

Beliau memberi amaran bahawa konflik berterusan dan kebangkitan rakyat boleh membawa kepada peperangan dan kematian ramai, sambil menambah bahawa “peperangan menyebabkan kedua-dua belah pihak rugi”.

Dr Mahathir berkata semasa menjadi perdana menteri, beliau memastikan peperangan seperti itu dielakkan walaupun memutuskan untuk menamatkan pertikaian dengan jiran serantau negara ini melalui proses perundingan, timbangtara atau dengan mendapatkan keadilan di mahkamah antarabangsa.

“Saya mempunyai kuasa sebagai PM untuk membuat perkara gila, tetapi saya tidak lakukan,” katanya.

“Kami menerima realiti. Kami terima terdapat perkara yang boleh kami lakukan dan ada perkara tidak boleh.

“Kita menerima apa yang tidak boleh lakukan pergi ke perang adalah sesuatu yang kita tidak boleh lakukan kerana kita adalah pengecut dan kita tidak mahu mati,” katanya berseloroh.”Dalam pelajaran yang boleh dipelajari tentang konflik dan perdamaian, saya menawarkan anda penyelesaian Malaysia ia adalah satu penyelesaian yang baik,” tambah beliau.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !