Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, November 10, 2012

GMUKM Sokong Kepimpinan PMUKM 2012-2013





BANGI – Carta organisasi PMUKM sesi 2012-2013 telah pun diumumkan melalui portal rasmi PMUKM malam semalam. Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan tahniah diatas penyenaraian Majlis Perwakilan Pelajar (klik MPP PMUKM) tersebut.

Semoga dengan tersenarainya organisasi lengkap ini, maka semakin laju pergerakan PMUKM dalam menerajui tampuk kepimpinan pelajar. PMUKM sebagai panduan dan acuan kepada pergerakan kesatuan pelajar yang lain di UKM. Pendek kata, PMUKM sebagai abang yang memberi tauladan yang menjadi ikutan dan inspirasi kepada pelajar UKM yang lain.

GMUKM mengharapkan momentum yang padu terus diberikan oleh PMUKM dalam menangani pelbagai isu, baik di dalam kampus mahupun di peringkat antarabangsa. Tempoh setahun kepimpinan bukan jangka masa yang panjang. Namun, dalam tempoh tersebut adalah tempoh buat kalian, PMUKM untuk berkarya di sepanjang kepimpinan kalian.

Beberapa isu yang timbul sejak belakangan ini, melibatkan keselamatan mahasiswa umumnya. Justeru, GMUKM berharap agar PMUKM teruskan usaha dalam membawa isu ini diperingkat pentadbiran UKM. 

Selamat maju jaya, GMUKM akan terus memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran gerak kerja PMUKM.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !