Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, November 4, 2012

GMUKM ucap tahniah, UKM peroleh Tier 5 dalam SETARA'11

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan Universiti kerana telah berjaya mengangkat UKM di kalangan IPT cemerlang (Tier 5) bersama 35 institusi pengajian tinggi negara menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi bagi tahun 2011 (SETARA ’11).

Kejayaan ini mengulangi kejayaan UKM dalam penilaian SETARA 2009 di mana UKM turut menempa nama di peringkat Tier 5 (Cemerlang) di kalangan 18 IPT awam dan swasta ketika itu.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Datuk Seri Khaled Nordin Khamis lalu dalam majlis sambutan Hari Ulang Tahun Kelima Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Setara ’11 merupakan penarafan kali ketiga dilaksanakan selepas penarafan pertama melalui Setara 2007 dan penarafan kedua melalui Setara ’09, dan penarafan kali ini turut melibatkan IPT yang melaksanakan pendidikan secara terbuka dan jarak jauh (ODL).

Ia dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi penilaian yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu input (20 peratus), proses (40 peratus) dan output (40 peratus) dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaiannya melibatkan 26 kriteria dan 62 indikator yang secara amnya adalah hampir sama dengan instrumen Setara terdahulu.

Dalam sidang media yang sama, Menteri Pengajian Tinggi turut mengumumkan UKM telah tersenarai di kalangan tiga universiti awam lain menerima pengiktirafan enam bintang tertinggi dalam penarafan Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA). 

MyRA bertujuan mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) di IPT-IPT seluruh negara. 

Di kalangan 32 buah IPT awam dan swasta yang dinilai, UKM berjaya menempatkan bersama-sama Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dan diiktiraf di tahap 6 bintang. 

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !