Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 16, 2012

KESELAMATAN UKM DIRAGUI : GMUKM CADANG CUTI DIPANJANGKAN


Keselesaan dan keselamatan merupakan perkara yang penting dalam meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi bagi seorang mahasiswa di menara gading UKM ini. Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini adalah UKM untuk masa terdekat ini berada dalam kondisi tidak selamat dengan pelbagai kes keselamatan yang berlaku dalam UKM. Tragedi malang UKM ini bermula dengan beberapan kes kecurian dan ragut yang berlaku di dalam UKM sehingga apa yang mengejutkan kita kes ini boleh berlaku pada masa siang hari dan menggunakan senjata tajam kepada mangsa.

Tragedi malang ini ditambah lagi dengan siri-siri kes tanah runtuh dalam UKM antaranya di FSSK, FTSM dan Makmal Inbiosis. Beberapa hari lepas susur gajah sepanjang bangunan DECTAR telah pun hancur ranap dihempap pokok sehingga menyebabkan 25 biji kereta telah menjadi mangsa. Terbaru pihak media GMUKM mendapat maklumat berlaku kes kecurian di kolej Zaaba melibatkan mahasiswa luar negara yang telah pun kehilangan sejumlah wang yang agak besar akibat kecurian tersebut.

GMUKM mendesak pihak pentadbiran UKM untuk membuat tindakan yang radikal dan agresif untuk menangani isu ini. Jangan sampai satu hari nanti ada warga UKM yang mati dahulu akibat kes-kes kecurian dan tanah runtuh yang berlaku dalam UKM barulah kita terhegeh-hegeh hendak melakukan tindakan yang agresif dan proaktif. Sehingga ke hari ini warga UKM juga masih belum mendapat sebarang jaminan keselamatan yang tegas daripada pihak pentadbiran tentang kondisi keselamatan dalam UKM sedangkan tempoh cuti pertengahan semester bakal tamat dan mahasiswa akan mula sampai ke UKM untuk memulakan sesi pengajian berikutnya. Bagaimana mahasiswa serta warga UKM akan merasa aman berada dalam kampus sedangkan tiada sebarang hitam putih atau jaminan daripada pihak pentadbiran UKM berkaitan kondisi sebenar keselamatan dalam UKM khususnya apabila melihat kepada kes yang baru sahaja berlaku hari ini.

Justeru, GMUKM menuntut pihak pentadbiran UKM untuk :
  •         Memberikan jaminan atau hitam putih tentang status keselamatan di dalam UKM untuk meneruskan sesi pengajian tidak lama lagi.

  •      Jika pihak pentadbiran tidak mampu untuk memberikan jaminan keselamatan UKM telah berada dalam keadaan stabil, GMUKM menuntut agar cuti ini dipanjangkan sehingga kondisi keselamatan dalam UKM betul-betul stabil. 

Tanah runtuh di susur jalan FSSK
Susur gajah DECTAR runtuh 
Tanah runtuh di bangunan FTSM
Susur gajah DECTAR runtuh







Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !