Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 23, 2012

Pray4Gaza : GMUKM Bersolidariti Untuk Gaza




Isu Palestin dan Zionis sudah lama membarah bukan isu yang baru ditimbulkan. Isu penindasan ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. 

Kebiasaan ini pada satu tahap menjadikan tahap kesedaran Masyarakat semakin pudar kerana isu Palestin ini bukan hanya melibatkan penindasan Umat Islam bahkan isu Penindasan hak asasi manusia.


Justeru, GMUKM bersolidariti bersama-sama gerakan Mahasiswa yang lain di Malaysia untuk turun menyatakan pendirian kami membantah penindasan Zionis LaknatuLlah ini terhadap Palestin. 

Tema hitam yang diwar-warkan ini sebagai simbolik berkabung terhadap peningkatan jumlah kematian di Gaza.

Ayuh! Mahasiswa, kita turun atas kesedaran bahawa hak yang sepatutnya diterima oleh Palestin ini sewajarnya telah lama dilaksanakan oleh PBB.

Himpunan solidariti Mahasiswa ini juga bertujuan memprotes dan mendesak agar OIC terus bangkit daripada tidur yang nyenyak. Sedar daripada kondisi yang selesa, mereka perlu sedar bahawa saudara mereka kini dicabar keamanannya!

GMUKM mendesak agar Arab Saudi selaku pengerusi OIC bertegas terhadap isu ini, terutama di Gaza. Perarakan ini akan bermula selepas solat Jumaat (23 November 2012) dengan himpunan besar-besaran di hadapan Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke Kedutaan Rasmi Arab Saudi di Malaysia.

Demi isu sejagat dan hak asasi manusia, GMUKM menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda untuk bersolidariti dalam himpunan “Solidariti Mahasiswa dan Anak Muda Untuk Gaza”.

GMUKM bersolidariti bersama;

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Demi Mahasiswa Kuis (DMK)
Sister In Movement (SIM)
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Pro-Mahasiswa Nasional (PRO-MN)
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
Maaruf Club UIAM
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) 




Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !