Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, January 24, 2013

Ahli Akademik : Mahasiswa Matang Berpolitik


KUALA LUMPUR - Mahasiswa di negara ini sudah layak bertanding merebut mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek berpendapat, dengan intelektual yang ada pada mahasiswa, sudah pasti dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin berwibawa.

Menurutnya, mahasiswa juga dilihat memahami masalah yang berlaku tanpa mempunyai sikap prejudis seperti beberapa pemimpin hari ini.

“Jika di negara luar, perkara begini bukan baru, malah mendapat sokongan padu daripada masyarakat dan sudah pasti kalangan universiti sendiri.

“Mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pada usia mereka yang masih muda, selayaknya mereka memainkan peranan sebagai generasi baru mentadbir negara,” katanya ketika dalam forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini, malam kelmarin.

Katanya, menyedari perkara itu bukan mustahil untuk direalisasikan dan berharap mendapat kerjasama semua pihak.

Jangan pandang sebelah mata mahasiswa hari ini. Cuma, masalah akan timbul apabila kesukaran mendapatkan wang deposit untuk bertanding.

“Jika ia boleh dipertimbangkan, adalah lebih baik. Yang paling utama, mahasiswa perlu berani bertanding di kawasan yang pasti kalah seperti Pekan, Permatang Pauh atau Pagoh,” katanya.

Sementara itu, bekas pensyarah UIAM, Profesor Dr Aziz Bari turut menyifatkan usia untuk mengundi perlu diturunkan kepada 18 tahun.

“Kalau dalam segi undang-undang, usia 18 tahun sudah dikenakan hukuman berat jika melakukan kesalahan, mengapa pula mereka tidak boleh mengundi?

“Inilah senario politik negara apabila pihak bertanggungjawab berada di bawah telunjuk pemerintah,” katanya.

Katanya, mahasiswa sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana ideologi mereka sudah jauh ke depan.

“Mereka bukan lagi seperti zaman dulu yang hanya mengikut nota yang diberikan, sebaliknya mentafsirkannya dan dapat memberi hujah baru.

 “Ini yang kita perlukan dalam keadaan negara membangun. Inilah golongan cendekiawan yang akan menentang berdasarkan hujah dan fakta sahih,” katanya. -SinarHarian

-MediaGM

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !