Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 13, 2013

Aspirasi Gagal Menjadi Pemimpin Tulen


Sudah menjadi satu kebiasaan, bahawa wakil MPP Aspirasi gagal untuk menunjukkan sikap sebagai seorang pemimpin yang sebenar. Terbaru, hasil perbincangan dan penyerahan aduan kebajikan mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat oleh MPP GMUKM kepada pegawai kewangan, Unit Penjanaan Bendahari UKM berhubung masalah tender kafeteria dan permohonan vanding machine bagi fakulti tersebut telah dimanipulasi oleh pihak aspirasi dengan sewenangnya mengaku bahawa segala gerak kerja ini direncanakan oleh pihak mereka. 

Sikap seperti ini seolah-olah cuba menempel nama diatas hasil kerja orang lain. Kerja jahat mereka berjaya dikesan apabila tarikh pada blog umno kampus ini bertukar kepada tarikh yang berbeza dalam masa sejam kemudiannya. Selepas itu mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak MPP GMUKM yang cuba untuk mengambil hasil kerja mereka dan diikuti komen-komen dari fake profile yang didalangi oleh pihak mereka sendiri. Sungguh keji sikap pemimpin seperti ini. Seolah-olah menangguk di air yang keruh. Belajarlah menjadi lebih baik, tak tahu buat kerja lebih baik tanya. Jangan menjatuhkan maruah diri anda dengan mengambil hasil kerja orang lain. 



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !