Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 13, 2013

Sokong Usaha PMUKM

Program Bedah Buku bersama YB Dato' Saifuddin Abdullah
PMUKM hari ini melancarkan "Kempen Pembudayaan Ilmu" serta "Kesedaran Politik sempena PRU-13" sebagai usaha yang berterusan dalam melaksanakan agenda keilmuan dan keintelektualan sebagaimana yang dijanjikan.
Usaha untuk memupuk semangat keilmuan dan keintelektualan telah dirancang PMUKM semenjak awal pemerintahan mereka pada sesi kali ini. Beberapa program Ilmiah seperti "Sembang PRU 1.0" dan "Program Bedah Buku" baru-baru ini menjadi bukti kesungguhan PMUKM dalam merealisasikan agenda yang dibawa oleh mereka.
Program Bersifat Terbuka dan Santai

Satu kelainan dan pembaharuan yang diterapkan dalam membawa agenda keintelektualan PMUKM pada kali ini ialah program ilmiah yang berbentuk terbuka dan santai. Antara program yang dijanjikan ialah Suara Kampus, Bedah Buku, Wacana Kampus dan Sembang Pru.
GMUKM selaku parti yang diwakili oleh mereka menyambut baik serta komited dengan usaha-usaha PMUKM pada kali ini dalam membawa dan mengutamakan suara dan harapan mahasiswa. GMUKM akan sentiasa menyokong dan menunggu program-program seperti ini akan diteruskan lagi.

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !