Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, September 1, 2013

Selamat Maju Jaya buat mahasiswa/i UKM sesi 2013/2014.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2013/2014

1 September 2013 merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah permohonan dibuat dan keputusan berjaya diterima masuk ke UKM diketahui, kini saat dan masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar untuk hadir ke pembukitan Ilmu, UKM bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sudah pasti akan terserlah kegembiraan yang tidak terhingga diwajah para pelajar apabila tibanya mereka di kampus UKM. Sebuah kampus yang tenang lagi indah dipandang mata. Para pelajar yang akan mendaftar di UKM akan mengikuti satu program khas yang telah disusun oleh pihak pengurusan universiti yang dinamakan Minggu Mesra Pelajar (MMP).
Minggu Mesra Pelajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran awal kepada para pelajar baru tentang UKM. Di dalamnya, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan sejarah UKM dan dibawa untuk melihat suasana kampus. Selain itu, pelajar-pelajar akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Itulah antara tujuan utama MMP diadakan.
Oleh yang demikian, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) terpanggil untuk memberi peringatan kepada mahasiswa/i supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan doktrin pihak Pemudah Cara (PC) yang ingin memburukan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang kini diterajui oleh GMUKM. Ini kerana sebelum ini pernah dilaporkan wujudnya usaha-usaha ke arah itu. Sebaliknya, GMUKM menasihati dan menyarankan mahasiswa/i supaya mengambil apa sahaja yang baik daripada MMP dan menolak apa sahaja yang buruk di dalamnya.
GMUKM sebagai badan Politik kampus sentiasa komited memberikan kesedaran dan pencerahan politik kepada mahasiswa/i serta memperjuangkan agenda kebajikan kepada seluruh mahasiswa. Akhirnya, GMUKM mengucapkan "SELAMAT DATANG KE UKM" buat mahasiswa/i sesi 2013/2014.
Gunakanlah dan manfaatkan peluang berada di kampus UKM ini untuk menimba segala ilmu baik dalam akademik mahupun dalam persatuan. Jadilah mahasiswa/i yang berjiwa besar mengharungi ujian dan cabaran dalam kehidupan di kampus. Salam Maju Jaya!

GABUNGAN MAHASISWA UKM
SESI 2013/2014

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !