Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 18, 2013

GMUKM Tetap Bertanding Pilihanraya Kampus UKM

Pengumuman Calon GMUKM
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM, Saudara Abdullah Sani Bin Hashim yang mengumumkan calon-calon bertanding daripada GMUKM semalam menegaskan bahawa GMUKM akan tetap bertanding walaupun HEP UKM kini jelas cuba bermain konspirasi dan berkomplot dalam memenangkan Aspirasi.

Kita tetap menyertai pilihanraya kampus bagi menafikan cita-cita Aspirasi yang mahu menawan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kali ini. Kita mahu buktikan pada mahasiswa bahawa GMUKM bersungguh-sungguh untuk membawa suara mahasiswa. Walaupun HEP UKM dilihat tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan penyertaan ini adalah satu cabaran kepada HEP untuk mereka lebih berhati-hati dalam rancangan mereka kelak.

GMUKM bersedia untuk menghadapi UMNO Kampus dalam pilihanraya kampus kali ini dan kita bersetuju untuk menghantar calon GMUKM di kesemua 27 kerusi yang dipertandingkan. Oleh itu setiap ahli GMUKM dan penyokong harus melipatgandakan usaha bagi mempertahankan kemenangan dalam Pilihanraya kali ini.



Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !