Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 23, 2013

Pastikan Proses PRK Kali Ini Lancar

Saya seru kepada rakan-rakan Gabungan Mahasiswa Ukm, Calon-calon, serta wakil PACA yang bertugas. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai pelajar UKM untuk memastikan proses pilihanraya Kampus kita kali ini berjalan dengan lancar. Tanpa ada sebarang masalah sepanjang hari ini. Hari ini adalah 'event terpenting UKM' iaitu proses memilih pemimpin varsiti.

Walaupun ada cabaran yang terpaksa ditempuh, dibom, diugut bunuh dan segalanya. itu adalah tanda kepimpinan kita dilihat dan dinilai oleh orang lain. Kerja utama semua peringkat jentera Gabungan Mahasiswa UKM hari ini adalah memastikan proses PRK semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab atas isu yang timbul, memandangkan Unit Forensik dari Bukit Aman pun dalam perjalanan ke rumah tersebut .

Jangan mengalah, dan kita mohon kekuatan Allah swt agar Dia berikan kekuatan kita untuk menghadapi segala ujian ini. Hanya dengan KudratNya lah semuanya akan berjalan lancar. Doakan semoga mahasiswa memilih pemimpin terbaik yang mereka kenali . Semoga Allah swt menjaga universiti kita ini.

Abdullah Sani Bin Hashim .
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM .

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !