Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 6, 2013

HEP UIAM campur tangan pemilihan MPP

 
KUALA LUMPUR: Walaupun menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini, usaha kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, WUFI UIAM untuk membentuk kabinet dihalang oleh pihak pentadbiran.

Sehubungan itu, kumpulan pelajar terbabit membantah keras campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar [HEP] yang diketuai Timbalan Rektor HEP, Prof. Datuk Dr Mizan Hitam dalam mengendalikan sesi syura pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] UIAM yang berlangsung petang semalam.

Menurut Pengerusi WUFI UIAM, Muhd Najib  Abd Rahim campurtangan HEP UIAM dalam pelantikan MPP adalah bertentangan dengan fasal 49 [5] Perlembagaan UIAM yang memberi kuasa melantik Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dari kalangan anggota Majlis Perwakilan Pelajar yang terpilih dalam pilihan raya kampus.

“Di dalam peruntukan ini jelas menyebut bahawa hanya MPP UIAM mempunyai kuasa penuh dalam menentukan perjalanan proses pemilihan “office-bearers” (mainboard) dalam kalangan mereka melainkan dengan adanya kebenaran bertulis daripada pihak Rektor.

“Namun apa yang berlaku sekarang adalah, jelas sekali terdapat campur tangan oleh pihak HEP apabila proses perjalanan pemilihan dikendalikan serta dikawal sepenuhnya oleh mereka di dalam menentukan perlantikan Presiden dan Timbalan Presiden 1 MPP,” kesal beliau.

Sehubungan itu, Muhd Najib menuntut agar syura dijalankan semula dengan telus dan tiada campur tangan dari pihak pentadbiran.

“Kami akan menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM pada hari Rabu ini bagi menyatakan bantahan dan mendesak agar siasatan segera dijalankan di atas isu yang berlaku ini,” tegas beliau.

Sumber : HarakahDaily

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !