Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 5, 2014

IDENTITI PMUKM KEKAL UTUH SEJAK 1970




UKM mempunyai keunikan serta lipatan sejarah yang hebat dalam gerakan mahasiswa sejak dari awal penubuhannya. Sehingga kini, UKM sahaja yang masih menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sebagai badan eksekutif yang diurus tadbir oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Namun, penggunaan nama PMUKM mendapat tentangan hebat apabila wujud golongan yang tidak mengiktiraf sejarahnya serta menafikan kepentingan mengekalkan identiti yang telah dibina selama 4 dekad ini. Dengan alasan "rebranding", mereka berniat untuk menjatuhkan nama PMUKM dan ditukar kepada MPPUKM. Saya berpendapat, golongan ini mempunyai masalah untuk membezakan MPP serta PMUKM walaupun ada sebilangan mereka merupakan MPP mutakhir.
Saudara Salehuddin Bin Khalid
Mantan NYDP PMUKM 13/14
1.Penjelasannya, MPP adalah merujuk kepada keseluruhan ahli MPP yang dipilih didalam PRK. Manakala, PMUKM adalah badan eksekutif yang mentadbir perjalanan pengurusan MPP. Jawatan-jawatan utama MPP dilantik menurut Seksyen 57 (4) dan 57(7) Perlembagaan Ukm 2010.
2.Perlunya biro dalam Kabinet PMUKM dibuat atas dasar penyelarasan gerak kerja. Analoginya mudah, cuba mahasiswa sekalian bayangkan jika isunya jalan berlubang di hadapan fakulti, kemudian atas dasar melaksanakan tanggungjawab, lebih 20 orang MPP hadir dengan aduan serta solusi masing-masing. Akan berlaku pertindihan kerja, bahkan menunjukkan tidak wujudnya profesionalisme MPP dalam gerak kerja. Solusinya mudah, wujudkan biro, bincang dalam meeting, dan seorang MPP akan selesaikan. Tetapi, jika meeting pun tidak hadir, wallahuaklam... 

3.Bertarikh 10 Februari 2014, PMUKM mendapat maklum balas yang baik berkenaan kertas kerja penggunaan nama PMUKM. Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.1/2014 memaklumkan bahawa bersetuju untuk membenarkan MPPUKM menggunakan nama "PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PMUKM). Justeru, tiada sebabnya lagi untuk seluruh warga UKM menafikan perkara ini mahupun MPP itu bergerak kerja atas dasar parti politik, SEDARLAH bahawa anda adalah MPP PMUKM bukan MPP Aspirasi mahupun MPP GMUKM.
Akhir kalam, saya sebagai mantan MPP PMUKM berharap kepada bakal calon untuk khadam dan fahami nilai sejarah serta perjuangan PMUKM sejak daripada zaman YDP PMUKM yang pertama, allahyarham Ramli Ibrahim lagi.
Nak lebih, boleh PM  insyaALLAH, saya akan terus berkongsi ilmu kepada seluruh mahasiswa.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !