Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 7, 2014

Ikon Aspirasi Menfitnah PMUKM



Menjawab persoalan dan pertuduhan seorang Ikon Aspirasi iaitu Ikhwan Azim mengenai PMUKM claim program Simposium Jebat sebagai program PMUKM serta pertuduhan tidak memberi duit langsung untuk program tersebut. Saya selaku mantan Pengerusi Biro Pembangunan Mahasiswa rasa terpanggil untuk mempertahan pertuduhan saudara tersebut. Dengan rendah hati saya memohon saudara Ikhwan Azim untuk meneliti secara halus apa yang tertulis di dalam kompilasi yang diedarkan. Terang lagi bersuluh tertulis di dalam laporan tersebut bahawa Simposium Jebat yang dianjurkan oleh PESEPSI (Pusat Pengajian Sejarah,Politik dan Strategi) yang bertarikh pada 18 dan 19 April. Jadi persoalan saya ingin saya ajukan kembali kepada saudara yang cakna, anda tahu apa maksud anjurkan?
Kedua, soal kewangan. Kami di pihak PMUKM telah menyerahkan wang sebanyak RM1000 kepada kelab PESEPSI ini untuk digunakan di dalam simposium tersebut. Saya sendiri hadir ke mesyuarat yang diadakan Yasir di FSSK. Bahkan perkongsian idea turut disalurkan. YDP PMUKM juga diberi ruang untuk memberi ucapan pada Perasmian Simposium Jebat. Jadi, mohon anda jilat semula pertuduhan yang dilemparkan.
Kami masukkan ke dalam kompilasi gerak kerja kerana ia adalah perbincangan bersama Yasir bahawa ini ada program kerjasama dan sememangnya kami bekerja mengikut aturan Bendahari PMUKM untuk menyalurkan wang serta hadir bermesyuarat bersama. Saudara Ikhwan Azim juga boleh rujuk di blog PMUKM iaitu http://pm-ukm.blogspot.com/…/simposium-jebat-satu-permulaan…. Di sini telah dijelaskan bahawa ia merupakan program anjuran dan kerjasama. Mohon buka kamus untuk faham istilah "anjuran" dan "kerjasama"
Bukti : Lampiran surat sumbangan

Ini sahaja penjelasan dari saya. Nasihat saya sebagai alumni UKM kepada mahasiswa UKM, sebelum nak serbu dan nak jadi perisik yang berjaya jangan hanya berharap pada ilmu kuliah semata mata andai diri tak siap dengan kelengkapan.
Fatin Zulaika Hamdan
Mantan Pengerusi Biro Pembangunan Mahasiswa
PMUKM 2013/2014.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !